Assalamulaikum.. :)
Sharing info pasal maritim plakk..
Gambaran tugas hakiki Maritim Malaysia (APMM) yang dilakonkan dalam Eksesais Maritim Perkasa 2/2011 yang berlangsung Disember lalu.
tengah malam 14 Disember lalu tidak menghalang rondaan Kapal Maritim (KM) Gagah yang mendapat maklumat pencerobohan sebuah bot asing di situ.
Berkemungkinan ia bot nelayan asing yang ingin mencuri hasil marin negara atau lanun yang merancang melakukan jenayah, tugas KM Gagah ialah belayar ke arah laluan di situ sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan diambil.
Menghampiri kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Langkawi, paparan skrin radar KM Gagah berjaya mengesan bot asing itu.
Oleh kerana keadaan laut yang cetek, kapal induk KM Langkawi yang memantau rondaan itu mengarahkan dua bot Kilat dari Daerah Maritim Langkawi ke lokasi bersama anggota lengkap bersenjata memintas bot asing tersebut.
Berpandukan alat pengesan kedudukan global (GPS) dan alat penglihatan malam (NGV), kedudukan bot asing itu mudah dijejaki. Sebaik dirapati, bot yang dikemudi warga asing itu sarat dengan kira-kira 40 pendatang asing Myanmar.
Mengawal | Melindung | Menyelamat
Tugas APMM : menguat kuasa, menyentuh bidang khusus seperti kemahiran siasatan, pengumpulan bukti serta keberkesanan koordinasi dalam mengendalikan operasi.
"Dalam rutin Alpha, kamu nampak langit, kamu kena berlari"
Celoteh,
No comments:
Post a Comment