Monday, July 18, 2011

BERSIH kan semangat PATRIOT kita !

Assalamulaikum W.b.t..

Bukan niat mahu berpolitik, tapi sebagai rakyat Malaysia.. aku juga perlu bersuara.
Peristiwa 9 Julai 2011.. Semua orang tahu kan?

mana pergi nye Semangat 1 MALAYSIA.. perlu ker berpecah belah sedemikian?
sedih bila aku tengok berita di dada-dada akhbar pasal perhimpunan haram tuhh..

sehingga ada yg patah kaki.. yg lebih teruk ad yang meninggal dunia. (Al-FATIHAH)
kita tak boleh nk salahkan sesiapa.. PDRM pon tak berniat nk berkasar. 
sudah tugas mereka. tuk menghalang sesiapa yang terlibat dalam perhimpuan tuh.
walhal kte sume sudah dilarang bukan?


Kemana hilang nya Malaysia yang aman dan makmur?

karya : A.Samad Said

Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
bersatulah wahai rakyat Malaysia.
Celoteh,

No comments:

Post a Comment